I am

That's IP ♥


I am
Boleh panggil Ieda ♥
5 December

FOLLOW + DASHBOARD

G-Dragon ♥



Smile ;)



Assalammualaikum wbt.
Salam sejahtera semua. Holla Ieda here. HAHA terasa macam excited sangat nak  update kali ini.
Okay Ieda dah lama dan lama gila-gila tak update blogger ini. Rindu yang teramat sangat.
Kadang-kadang itu Ieda sibuk sangat tuh yang tak dapat nak update, adakalanya juga ada masa tapi tak sempat sebab ada sahaja benda yang nak dibuat. HAHA

Anda rindu Ieda tak? ? ? HAHA kalau rindu terima kasih, Ieda pun rindu anda semua.
Kepada mereka yang setia follow Ieda terima kasih ya. Anda punya post sentiasa ada dan kalau Ieda sempat tengok Ieda akan baca. Hihi, Ouh okay sem 2 Ieda dah tamat dan sekarang menunggu keputusan sem 2 dan akan masuk ke sem 3. Ieda tak target banyak, cukup dapat membantu Ieda untuk masuk ke sem 3 cukup lah. InsyaAllah ;)

Tapi apa yang perlu di katakan, sem 2 punya soalan DEABAK! HAHA terbaiklah. Walaupun teori Ieda ini agak malas tapi Math Ieda dah buat yang sebaik mungkin. HAHA.

08.05.2014
HAHA, tarikh apakah itu?
Selamat hari lahir Mak. Terima kasih kerana lahir ke dunia. Terima kasih kerana melahirkan diri Akak ke dunia juga. Sesungguhnya hanya Mak adalah Mak yang terbaik untuk Akak dan adik-adik. Walaupun Mak suka membebel. Itu takpe, Akak faham Mak pun dah penat membebelkan. HAHA maklumlah Akak sorang perempuan yang lain tuh semua lelaki. Mana tak asyik membebel jew kan Mak kan? Hihi, apa-apa pun Selamat hari jadi Mak! I love you. Love you so much mom! :)

11.05.2014
Okay hari ini adalah tarikh yang dijadikan untuk sambutan hari Ibu kan?
"Bila pula hari Mak?" Bak kata adik kecil ku. HAHA nak tergelak jugak dengar dia cakap macam tuh.
Lepas tuh Ieda cakaplah hari Mak hari Ibu lah. Sama jew. Ummi ke Ibu ke Mak ke Bonda ke semuanya sama. Tapi yang paling penting adalah hari Ibu adalah setiap hari kerana dialah watak utama dalam keluarga dialah yang mengemas dialah yang memasakkan makanan untuk kita. Ibu adalah sangat berharga. Ibu bukannya seorang pembantu tetapi kalau tiada mereka siapalah kita. Dialah juga orang yang melahirkan kita, dia yang merasa kesakitan itu. Oleh itu kita perlulah jaga hatinya bukan hanya pada hari Ibu tapi perlulah dilakukan setiap hari. Kasih sayang perlu ada, di dalam kasih sayang juga perlu kita berikan penghormatan kepada Ibu kita ;) Selamat hari Mak Ibu Mama Ummi Bonda. I love you. <3

2013-2014
Di dalam tahun ini adalah tahun-tahun dimana banyak dugaan yang perlu di jalani.
Perlukan kesabaran, perlu kan banyak kesabaran yang bukan sedikit tetapi banyak.
Nyawa, Hidup?
Ianya amat-amat berharga buat semua orang. Oleh itu kita perlu mejaga diri kita. Jaga dengan teliti. Kesihatan kita. Dan segala-galanya.

Kawan? Sahabat?
Kawan memang kita akan ada banyak kawan. Tapi dalam banyak-banyak kawan itu kan hanya ada 1. Iaitu hanya 1 Sahabat. Yang ada disaat kita sedih, di saat gembira, di saat kita menitiskan airmata.
Sahabat? Aku masih tak dapat menjumpainya. Sungguh aku merindu sahabatku yang ceria, bercerita, dan ada dengan aku di setiap masa. Rindu yang tak terkira.
Sahabatku semua. Jika engkau tahu bahawa di sini ada seseorang yang amat merinduimu. Rindukan sangat.

Tapi apakan daya. Kita tak boleh berjanji antara satu sama lain. Dan hanya biarkan takdir yang akan jumpakan kita semua kembali. Kerana ianya amat sukar untuk dilakukan jika kita berjanji untuk berjumpa tetapi tak dapat-dapat juga jumpa sampai ke hari ini. Apakan daya kita tak dapat untuk menghakimi seseorang itu. Dan pastinya suasana akan berubah jika kita bertemu kembali.

Kita pernah berkongsi cerita, pernah cuba untuk menyelasaikan masalah antara satu sama lain. HAHA
Kenapa dulu kita bahagia sangat. Keluar sama-sama. Pernah pergi makan sama-sama. Pernah study sama-sama. Pernah bergaduh dan baik balik. Kenapa dulu kita semua anggap ianya hanya gurauan. Tapi kenapa sekarang kita serius bila melakukan sesuatu padahalnya salah seorang hanya menganggap ianya gurauan.
Asalkan bahagia pasti akan ada yang akan turut serta untuk gembira. Kerana itu kita kena senyum :) Dan semua itu dapat mematangkan kita semua.

Gaseumi haneun mal, saranghae. Nunmuri haneun mal, mianhae. I love Sahabat. ;)
Maafkan salah silap yang datangnya daripada diri Ieda. Kerana adanya engkau sahabat aku boleh bergaul. Dan kerana engkau juga sahabat aku mula berhati-hati untuk memilih kawan. Terima kasih. I'll be waiting for you all. I miss you so much. HAHA

Diri sendiri, Hari Ibu dan sampailah ke Sahabat.
Dengan penuh ikhlasnya ianya ditaip dengan penuh senyum dibibir. Jika ada yang memahaminya terima kasih. Kepadanya membacanya terima kasih.
Salah silap apa yang di taip. Harap dimaafkan ya.

Thank you. :)