I am

That's IP ♥


I am
Boleh panggil Ieda ♥
5 December

FOLLOW + DASHBOARD

G-Dragon ♥



Ketawa tak bermakna orang itu dalam keadaan bahagia.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hai semuanya, yang berada di Malaysia atau di mana-mana sahaja. Hihi :)
Ketawa tak bermakna orang itu dalam keadaan bahagia. Bahagia tak bermakna juga orang itu dalam keadaan yang sedih.
Nak capai kebahagiaan bukanlah senang, juga nak capai kesedihan tidak senang juga. HAHA
Entah tunggang terbalik ayatnya ini. Hihi

Kadang-kadang kita selesa buat orang ketawa, kita buat lawak dekat orang, orang pun ketawa kita sendiri pun ketawa tapi, tak semestinya kita bahagia. Dalam ketawa itu mempunyai bintik-bintik kesedihan.
Ada kalanya terasa ingin menangis, ada kalanya ketawa bahagia sebab berjaya menyimpan kesedihan itu dalam-dalam.

Entah orang faham ke tidak apa yang Ieda tulis ini. Rasa macam terbalik-terbalik jew ayatnya. Haha
Apa-apa pun kalau ada sesiapa yang sudi membaca terima kasih sangat-sangat kerana membaca ya?
Hargai sangat.

Tapi dalam keadaan yang sedih ini, kita memerlukan seorang teman untuk kita mengadu. Mengadu kesakitannya, keperitannya, tapi bila tiada siapa yang menemani terasa amat kosong dan kosong.

Kita ini inginkan seorang peneman sebab kita akan rasa kesunyiannya. Kadang-kadang ego pada diri yang membuatkan kita jauh dengan orang. Biarpun diri ini inginkan seseorang tetapi dengan ego yang tinggi membuatkan kita jauhkan jarak dengan seseorang.

Kadang-kadang kita akan jatuhkan permata itu bila-bila sahaja tak kira dimana kita berada, bila hati dah sebak pasti akan tertitis jua permata itu. Amat-amat memilukan dan amat-amat memedihkan. Sedih? atau Terharu? atau Gambira? Haha tiba-tiba sahaja ianya terjatuh tanpa disedari.

Kadang-kadang lemah juga diri ini nak menangis dan menangis jew. HAHA

Asal ayat nie tak habis-habis nak cakap pasal sedih jew. HAHA.

Okay dah lah merepek jew kan. Okay bye.

Assalammualaikum.