I am

That's IP ♥


I am
Boleh panggil Ieda ♥
5 December

FOLLOW + DASHBOARD

G-Dragon ♥



21 May 2013 ♥


Assalammualaikum dan Salam sejahtera semuanya .
Anda semua sihat . Ieda harap anda akan sihat ya . Maklumlah cuaca sekarang tak menentu .
Jangan jatuh sakit ya . Kuatkan diri okay ;')

21 May 2013 ? Ada apa dengan tarikh tuh kan kan .
Hari dimana lima sahabat berkumpul untuk luangkan masa untuk seketika .

Asalnya nak keluar pergi ke Bukit sana tuh . Tapi bila Ieda fikir balik . Baik kita semua buat perjumpaan
sebelum semuanya akan pergi sambung belajar  . Dapat juga kita cipta satu kenangan yang agak sedih yang agak kelakar , nanti dah sambung belajar mesti masing-masing akan rindu saat ini . Hihi .

Terima kasih kepada Ibu Aina sebab banyak tolong kami berlima . Terima kasih sangat .

Sis ? Aina ? Ikhmal ? Shah ? Terima kasih :')

Sis ? Budak ini adalah budak yang akan menyerikan setiap perjumpaan kami . Kalau tak ada dia ,
senyap sunyilah nampaknya . Biarkan dia bising jangan biarkan dia diam , kalau diam tak akan ada yang
akan mula merengek , tak ada yang mula menangis , tak ada yang mulakan gelak yang terkuat . Dia spontan ,
tak pernah nak menyimpan atau memendam , dan dia akan lepaskan semua yang dia pendam atau rasa .
Seronok perkenalan dari sekolah rendah . Perangai dia tak pernah berubah , dan tolong jangan sesekali berubah . Dia periang sangat sampai kadang-kadang malas nak layan dia . Tapi apakan daya , akan ada jew lawak atau perkara yang akan membuat orang tergelak bila dia mula berkata-kata . Itulah dia Sis Tomey ;')

Aina ? Budak ini baik . Tapi dalam baik dia ada nakal dia . Dia pandai memujuk orang , dia pandai buat orang merajuk . Dia sopan tak pernah berkasar . Tapi nakal dia jangan cakaplah . Siapa kenal dia pasti tahu nakal dia macam mana dan bagaimana . Dia kalau bercakap mulalah , dari pagi sampai ke malam pun belum tentu habis . Dia kalau bercakap kalahkan juru cakap . Hihi , dia ada banyak identiti . Dan Ieda sendiri pun tak pasti , kadang-kadang di suka marah , kadang-kadang dia akan jadi orang yang sangat manja . Dia comel dari sekolah rendah sebab sibuk dengan tudungnya yang tak betul-betul tuh . Nak cakap apa lagi sebab dia adalah Aina Farha ;')

Ikhmal ? Budak ini budak yang dengar cakap . Tapi kadang-kadang dia ini degil juga orangnya .
Dia tak pernah lepaskan perasaan dia . Marah ke apa ke dia tetap akan pendamkan . Kenal dia masa darjah lima . Sangat comel masa tuh , maklumlah budak comel baru masuk sekolah baru dia . Dulu dia skema gila  , tapi sekarang tak skema langsung . Tengoklah sendiri tangan dia yang agak menyeramkan itu . HAHA . K maaf Emal ;') Dia suka sangat senyum , orang tanya dia senyum , orang marah dia senyum , orang menangis dia tetap senyum juga tapi dia tetap jejak kacak HAHA . Itulah dia Ikhmal Hisyam ;')

Shahfizul ? Entah siapa budak ini pun Ieda sediri pun tak pasti . Tapi yang pasti dia selalu pergi melancong . Shooting tak habis-habis . Dia ini anak kesayangan Mak mungkin . Kulit muka dia bersih gila dan putih gila . Okay cemburu . Mulut dia agak becok , dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah . Yang berubah adalah suara dia . HAHA , suara dia yang lembut dulu tuh dah tak ada . Yang ada suara dia yang agak garau itu . Gila , masa jumpa dia setelah sekian lama hari tuh memang tak percaya yang itu dia . K dah hensem kan kan . Rasanyalah Ieda kenal dia dari sekolah tadika agaknya . Tadika Kemas ? Yekew ? Haaa , entah lupa lah . Heyy , untunglah asyik berlakon kan , melancong tak habis-habis . Nak cakap apa lagi dah dia Shahfizul kan ;')

21 May 2013 ? Adalah hari yang paling-paling indah dan terhappy sangat .
Lima sahabat berkumpul . Kekenyangan tersangat .

Ada yang merengek sakit perut . Ada yang lepaskan rindu yang tersangat . Ada yang buat muka bosan . Ada yang buat perangai gilanya . Ada yang tersenyum sensorag . Ada yang geram . Ada yang nak menangis . Ada yang nak ketawa . Tapi yang penting senyuman tak pernah hilang dari wajah masing-masing . Setiap senyuman yang terukir itu sudah cukup untuk memeriahkan dan menceriakan suasana . Terima kasih sekali lagi Sahabat ;')

Alhamdulillah semuanya nanti dah nak sambung belajar dah . Jaga diri . Jaga kesihatan . Jaga makan minum . Jaga diri sendiri . Hihi yang penting jangan lupakan di antara kita semua okay . Lima bukan berempat bukan bertiga , bukan berdua , bukan seorang tapi tetap dengan Lima orang ;')

Gambar dah siap ? :') Jom kita tengok dah lihat gelagat gila ini . ;')


Dinner ;) Siap pasang lilin lagi tau .





Senyum dan jemput makan semua .



Budak comel dua orang yang suka buat kecoh 
Apa apa pun happy dengan budak debab niw . Hihi



Hihi




Buat muka marah . Candid :)




Lepas lepak-lepak akibat kekeyangan yang melampau .
Mula lah selepas itu kegilaan yang melanda . 
Snap gegila :)






























Sweet lah pulakkk . HAHA



Kami berdua memang suka menyibuk :)




Love , tanda flying kiss yang akan sentiasa terbang dimana jua sahabat kita berada .


Sahabat selamanya .
Happy sangat .
Terima kasih Sahabat ku semua .
Satu kenangan tercipta dimalam yang penuh keindahan .

Assalammualaikum , kalau ada jodoh kita bertemu lagi .


Ieda Photogenic .