I am

That's IP ♥


I am
Boleh panggil Ieda ♥
5 December

FOLLOW + DASHBOARD

G-Dragon ♥



Smile :)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera . Hai semua , lamanya Ieda tak update blog ini kan ?
Maaflah sibuk sikit dengan kerja rumah sekarang . *Hewhew* Bilik Ieda dah berwajah baru .
Cuma tak dapat nak cat dinding jew lah . Tapi semua barang dah di alih-alihkan . *Hee*
Sukanya , rasa kemas sangat bilik niw . Banyak dah gambar-gambar Ieda letak . Suka , suka .

Banyak juga barang yang Ieda buang tadi . Berplastik-plastik . *K tak sangka yang Ieda niw banyak barang yang tak terpakai , yang paling tak sangka Ieda banyak baju . Padahal asyik pakai baju yang sama jew . Entah mungkin selesa agaknya * 

Kemas-kemas tadi terjumpa satu album yang penuh dengan gambar , HAHA . Ada gambar Zulfakar :)  Zack :) Syamil :) Akim pun ada jugak :) *HAHA* ini masa zaman remaja yang nakal-nakal . Ieda niw peramah sikit dulu , suka kacau orang tak sangka pulak ada juga ramai kawan lelaki . Apa-apa pun , mereka semua baik sangat dengan Ieda . Walaupun perangai kadang-kadang gila semuanya . Tapi kadang-kadang mereka buat Ieda selesa . Peace :) Ahh , bila tengok gambar tuh semua ada kenangan yang manis dan pahitnya . Tapi Ieda mula set dalam kepala Ieda nak lupakan semua bende yang pahit tuh , dan akan ingatkan yang manis itu sampai bila-bila . Promise :) Yang sedihnya masing-masing dah tak contact , tapi tak apalah . Ieda doakan korang semua bahagia dan berjaya dalam hidup . :)

Ya Allah , Ieda jumpa barang yang dah lama Ieda cari selama niw . Tak sangka Ieda simpan bende niw dekat dalam kotak kecil lepas tuh letak dekat atas almari . Bila masa lah Ieda simpan bende niw . Heyy , dah jadi pelupa dah Ieda niw . Yahhh ? Bende ini penting sangat , sebuah basikal kecil warna biru . Tak tahu kenapa berharga sangat barang ini untuk Ieda . Tapi bila Ieda hilang barang niw , rasa macam nak nangis pun ada . Tak tahu lah , someone yang sangat special dalam hidup Ieda bagi barang ini . Ya Allah , Alhamdulillah Ieda jumpa balik barang niw :') *Terima kasih Akak* :') Walaupun kita bukan sedarah tapi hubungan ini tak akan putus walaupun , adik mendiamkan diri sekarang . Akak tetap akak , kawan , sahabat bagi Ieda okay :') Jaga diri baik-baik . InsyaAllah kita jumpa lagi nanti . Jaga kesihatan akak .

Buku-buku sekolah Ieda kini dah beralih kepada adik lelaki Ieda yang sorang ini . K meja Ieda dah tak ada buku , melainkan kamus saja yang ada . Now , Ieda banyak tengok kamus . Almaklumlah , Ieda lemah sikit dengan bahasa English niw . Hehe , belajar sikit sikit lama-lama mesti boleh kan :')

Smile ?
Apa yang nak di senyum kan ? Senyumlah , walaupun anda dalam kesusahan . Senyumlah , walaupun ada dalam kesengsaraan . Senyumlah , walau dimana anda berada , hiraukan kata orang . Kerana senyuman itu juga satu sedekah . Jangan sesekali bermasam muka , kerana itu akan membuat diri anda berasa kurang yakin . Jadi senyum tak kira dalam keadaan marah mahupun menangis .

Selamat malam .
Salam sayang daripada Ieda . :)