I am

That's IP ♥


I am
Boleh panggil Ieda ♥
5 December

FOLLOW + DASHBOARD

G-Dragon ♥



Hari happy sikit :')


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera seperti biasa dimulakan dengan ucapan pembuka bicara :)
Semua sihat ? Dah makan ? Apa khabar hari ini ? Harap awak semua dalam keadaan yang amat bahagia hari ini dan seterusnya :)

Kenapa dengan tajuk Ieda tuh kan kan , macam tak happy tapi happy sikit . Entahlahhh , senyum saja lah yang mampu di ukirkan sekarang ini . Entah , hati kata rindu nak jumpa sangat tapi entahlahh :') Biarlah , lupakan jew . Biarkan jew . Jangan ingat , hidup seperti biasa tanpa perlu ada rasa rindu dekat seseorang . Heyy terasa perit sikit dekat hati ini kalau rindu kan . Susah kalau nak cari ubat rindu niw , tak jual dekat mana-mana pun . Hanya ada dalam hati dan senyuman yang akan diukir oleh seseorang yang amat dirindui . Hey hey hey Ieda , Stop okay . Berangan saja lebih *K diam dah*

Okay tadi Ieda keluar dengan bestie Ieda sorang ini *Sis Tomey* keluar dengan dia memang gila dan gila-gila . Haha , mula-mula pergi Jusco Bukit Tinggi . Pergi masuk kedai Popular sebab nak cari buku , masuk jew memang dah ramai gila orang . Lagi-lagi dekat tempat Novel memang ramai gila . Cari-cari buku dah jumpa , kemudian tengok-tengok novel *Geram rasa macam nak beli tapi tengah SPM , mengalah* . Novelnya dah lah baru-baru bila tengok sinopsinya memang best jew rasanya . Heyy , sabar sabar lepas habis semua paper exam niw . Memang serang kedai yang jual Novel jewlaa kan . Hewhew .

Masa dekat Jusco tuh , kita orang pun jalan-jalan lah kejap dan masuk satu kedai yang jual asam-asam , gula-gula dan berbagai snak lah . :) Masuk-masuk jew , nampak pekerja lelaki sorang niw . *HENSEM GILA* yang si Sis niw dah terjerit , tahu jewla dia tuh kan *Pantang nampak budak yang comel dan hensem* Haha *K kami memang gila* Hehe . Masa pilih-pilih biskut dia tengok-tengok jew , yewlaa kami niw kalau masuk kedai mana reti nak diam . :) Kemudian , nak timbang biskutnya , mamat hensem tuh pulak yang jaga . Memang budak tuh malu lah sebab kita orang pandang muka dia tanpa kelip mata langsung . *Hewhew* Kami perempuan tak pernah lari daripada gediknya tapi kegedikan itu kami cuba sembunyikan sikit supaya orang tak mengata kami . :) Entah lah betul ke ? Hewhew .

Habis jew bershopping dan cuci mata dengan Jusco kami berdua lagi pergi MBO . Haha area Klang :)
Buat apa dekat MBO tuh ? Buat bising lah ! Haha , apa lagi kami berdua berkaroke lah :) Haha *Gila kan* Tahu tak kami berdua karoke berape jam ? Dua jam tahu tak , gila dengan dalam bilik itu berdua dan nyanyi 2 jam tanpa minum air tanpa makan apa-apa pun . Haha , Dua jam ? Macam tak percaya jew . Haha .
K semuanya dah lepas dah . Dua jam tuh pun tak boleh diundur lagi . Lagi pun dapat juga lepaskan geram sambil terjerit jerit dalam tuh . Memang lepaskan sampai menangis-nangis sebab sakit perit dekat hati ini sikit jewla , tapi tak kisah lah semua tuh janji Ieda dah buang semua perasaan tuh pergi jauh-jauh dan jauh lagi lagi lagi lagi lagi dari Ieda :) Yang penting satu hari ini Ieda buat kawan Ieda yang sorang tuh happy . Jika dia happy Ieda pun kena happy juga kan . Kita harungi semuanya bersama, suka dan duka kita bersama kan kan kan :')

Kawan-kawan yang dua orang tuh tak dapat ikut . Abang Hot Emal and Shah . K rindu dia berdua . Entah , takpelah dah lepas . Dia orang pun ada hal kan , takpe lah lain kali jew lah :) 

Apa-apa pun kami berdua memang gila hari ini . :) Happy sikit lah hari ini . Hope sangat dapat happy yang sangat-sangat untuk hari esok . K rindu Shah and Emal :) Nak jumpa , nak jumpa , nak jumpa jugak ! :(
Entah , takut nak jumpa pula . Dia orang busy , takut pula Ieda kacau nanti . :')

Aina pula lagi lah Ieda rindu :'( Sejak periksa SPM mula jarang jumpa dan berborak dengan dia , kalau tak mesti mulut dia jew yang bising dekat tapak perhimpunan . *K ieda rindu semuanya* :'(
Zul jaga Aina baik-baik okay :') Hope korang berdua bahagia tau , jangan gaduh-gaduh . Tak baik :')

Okay kawan-kawan semua good luck okay . Bagi orang-orang muslim Salam Maal Hijrah . Dah tahun baru dah kita kan :) Semoga semua yang kita rancang berjalan dengan lancar . Ingat kita cuma merancang , tapi Allah yang menentukan segalanya . Selamat tahun baru ya . :)

Hari ini Ieda nak ucapkan terima kasih kepada kawan Ieda *Sis Tomey* sebab temankan Ieda :') Entahlah rasa terharu sangat , sebab selama ini Ieda rasa sunyi sangat . Tak ada tempat mengadu , tak ada tempat nak menangis . Tapi dia sanggup temankan Ieda , terima kasih sangat untuk hari yang indah ini . :)

Alhamdulillah :) Semuanya berjalan dengan lancar hari ini , walaupun kami yang agak gila ini menjadi lebih gila . Hehe . Saya bahagia awak temankan saya walaupun hanya dalam bayangan saja . Tapi saya harap satu hari nanti , awak yang ada betul-betul ada disebelah saya dan sudi pinjamkan bahu awak untuk saya mengadu rasa sakit ini . :') Hope sangat awak . *Heyyyy berangan lagi* K stop dah 

Okay , selesai sudah cerita Ieda hari ini , walaupun terasa gembira sikit . Ieda bahagia ada yang sanggup temankan Ieda hari ini . Hargai sangat .

Aina "Ieda rindu sesangat"
Zul "Kecohhhh . K rindu sikit nak mengacau korang dating"
Shah "Nak jumpaaaaaaa ... Sebab nak belasah Shah *Hewhew*"
Emal "Takut lah nak jumpa abang panas hot ini kan , Hewhew Emmm rindu sikit jew , sikit jew . Haha"

*Hope mereka baca ini* :')

Hari yang gembira tak akan selalu muncul , kerana pastinya akan ada hari derita , hari kecewa dan hari yang banyak sangat dugaan . Tapi harap-harap kita dapat melalui semuanya supaya kita dapat capai hari yang penuh dengan kebahagian :)

Salam sayang daripda Ieda :) 'Keajaiban adalah nama lain bagi usaha' :)