I am

That's IP ♥


I am
Boleh panggil Ieda ♥
5 December

FOLLOW + DASHBOARD

G-Dragon ♥



Rinduku pada andaa semuaa :'/


Assalammualaikum . Salam Ramadhan . Hari ini sudah dua Ramadhan . :'>

Apa khabar follower's ieda ? Anda semua sihat ? Maafkan ieda sebab menghilangkan diri .

Sudah lama ieda tidak updates blogger ini kan ? Berhabuk dia , okay hari ini ieda nak cakap ieda rindu dengan anda semua , ieda rindu dengan follower's ieda , ieda rindu dekat pembaca setia blogger ieda . I miss you all so much . Tapi anda rindu ieda tak ? Mesti tak kan ? Tahu dah :'> Takpe lah janji ieda rindu anda semua sangat-sangat . Okay nak dengar tak tentang ieda sepanjang ieda menghilang niw ? Tak nak tahu pun ieda nak cakap lah , hihi sebab ini kan Daireis Ieda Photogenic . Heee :'>

Okay . pertama sekali ieda sihat-sihat sahaja . Bebas dari semua penyakit buat masa sekarang tapi Migrain ieda tetap ada . Tak tahu lah kenape , tapi ieda cuba bertahan . Tak lah sakit sangat :>

Alahhh , ieda malas lah nak cerita pasal kenape ieda menghilangkan diri , tapi ieda nak cerita pasal orang-orang yang ieda rindu-rindu sangat-sangat ini . Jum ;>

Okay ! orang yang pertama sekali ieda rindu adalah kakak Nurul Fazira lah . Kakak kesayangan ieda ini . 


Inilah dia kakak kesayangan ieda . Dia sudah sibuk dah sekarang ini dengan kerja dia . Okay tak apa faham :> Dia baik dan dia cantik kan kan ? Bila diingatkan balik memang rindu sangat , tapi ieda just buat-buat tak rindu sebab nak teruskan hidup niw , kalau tak asyik nak berkepit dengan dia sahaja . Apa-apa pun ieda harap dia dapat jaga diri dia elok-elok dekat sana . Dah 2 bulan tak jumpa rasanya . Hee , bertahan sahaja lah . Weewiiit :'> I miss kakak sangat lah 

Okay ! orang yang kedua paling ieda rindu . Budak comel yang bernama Syuhada :'>


Okay budak ini comel kan kan kan ? Ieda panggil dia Syu sahaja . Dia ini tak silap budak kecil lagi baru sahaja form3 . Apa-apa pun dia ini betul-betul ambil berat tentang ieda , if ieda sakit ke apa ke dia lah orang yang paling risau dan suruh ieda makan ubat . Dia betul-betul care pasal ieda lah :'> Ieda sayangkan dia sangat dan rindukan dia sangat , dah lama tak mesej dengan dia , dah lama tak gedik-gedik dengan dia . Rindu tersangat lah :'> Ieda suka mata dia , cantik sangat :'> Sepanjang kami berkenalan ini ieda tak pernah dengar suara dia pun sebab malu . Haha kami hanya chatting together dan mesej . Hee . Oit budak omeyy Ieda rindu tahuuuu :'>


Okay ! Orang ketiga dan keempat yang Ieda rindu tersangat ! Ini dia kak Tihah dan kak Tia :'>


Okay yang pakai shawl coklat itu kak tihah dan yang sebelah dia itu kak tia . Mereka nampak macam kembar kan ? Susah ieda nak bezakan sampai-sampai ada satu masa hari itu ieda ingat mereka adalah orang yang sama , sebab mereka terlalu rapat . Btw mereka lah kawan yang paling sejati dekat facebook itu . *Jelous sikit* Hee , akak yang tomey-tomey ini adalah kakak kesayangan kita dekat facebook . Ieda manja sikiit dengan kak tihah itu . Kak tia ieda just biasa-biasa sahaja . Tapi kalau ada kak tihah mesti ada kak tia itu . Apa-apa pun ieda rindu mereka tersangat lah . Rindu nak mengade dan mengadu . Hee , akak-akak tomeyy jaga diri ya . Belajar rajin-rajin . InsyaAllah satu hari nanti kita meet okay . I love you :'>


Okay ! Orang kelima yang ieda rindu . Adik tomey ini , nama dia Ain ! ! ! *budak yang periang*


Okay budak ini kalau dekat facebook dia lah yang paling gedik sebab suka like kita punya status sampai hang kita punya lappy itu . Haha , dia ini comeyy kan kan kan ? Tengok rambut dia itu ... Lawaaa sangat *cemburu sikit * Hihi , Adik Ain yang omeyy Kak Ieda rindu lah , rindu nak chatting dengan adik . Rindu macam-macam lah sepanjang perkenalan kita ini . Hee :'> Okay dia kalau updates status amboi bukan main lagi , tapi kita suka semua status dia . Ada yang gembira ada yang sedihnya . Adik jaga diri dekat sana , belajar sampai pandai tau , jangan asyik merayau jew . Hee , I miss you adikk :'>



Okay ! Orang yang keenam Ieda rindu adalah Adik Fyqa yang omeyy !


Tengok itu , tengok itu . Dia ini bagaikan model lah . Haha memang lah , dah lah cantik tambah lagi dengan comel dia . Hee , dia ini periang tau dulu bila balik sekolah dia mesti online dan online dan dia peramah asyik tegur Ieda sahaja , Itu yang ieda rindu dekat dia itu sebab kan kan kan dia dah masuk Asrama itu yang sunyi sikit FB ieda kalau tiada dia yang mengacau Ieda hari-hari . Hee , Adik fyqa jaga diri dekat sana elok-elok ya . Belajar pandai-pandai . I miss you :'>


Okay ! Orang yang ketujuh dan kelapan Ieda rindu sangat . Dia ini Yana namanya . Dua-dua kakak .


Ini kak yana . Ieda biasa panggil dia kak yana . Hee sebab nama dia yana lah . Dia cantik kan ? Dia ini suka sangat hang tahuu tapi sekarang dia juga sibuk dengan belajar . Apa-apa pun bila nak jumpa dia sahaja mesty ieda tak dapat nak jumpa . *nangis sikit* :'/ Rinduuuu kak yaanaa . Take care tau dekat sanaa :'>



Ini nama dia pun yana . Tapi orang panggil dia Yana Cepet :'> Dia comel kan ? Dia putih , ieda pernah terserempak dengan dia masa dekat tempat ambil lesen tapi dia tak cam muka ieda , so ieda diamkan sahaja . Tahu-tahu sahaja lah ieda inikan pemalu orangnya . Dia ini pun kakak juga . Dia pun tengah belajar sekarang ini , rasanyalah *takut silap* Hee , yaanaa ini pernah menghilangkan diri akibat FB dia kena hacks dengan seseorang . Apa-apa pun sekarang dan contact satu sama lain kembali  . Hee , apa-apa pun belajar sungguh-sungguh ya . Rindu yanaaa sangat :'>


Okay ! Orang yang kesembilan adalah Cik Butang ! :'>

Nama dia butang , Ieda pun tak tahu kenapa nama dia butang . Tanya lah dia Ieda tak sempat untuk bertanya . Hee , okay mula-mula kenal kami memang rapat sangat . Tapi akibat masing-masing sibuk masing-masing pun lupa untuk menegur antara satu sama lain . Dia ini comel kan ? Memang pun . Hee :'>
Butang ? Ieda rindu lah dekat butang , tak tahu lah kenape . Tetibe jew rindu sangat :'> Take care tau sayang.


Okay ! yang terakhir Ieda rindu . Boss kiki !

Nama dia Kiki . Dialah yang membuatkan blogger ieda secantik ini . Dia yang menghiasi dairi ieda ini . Terima kasih kepada dia . I love you lah kiki :* Okay Ieda rindu juga padaa dia , rindu hendak mengacau dia . Rindu nak bertanya dia tentang blogger lagi . Bagi ieda dialah pakar blogger . Kalau ieda tanya apa pun mesti dia tak kedekut pun ilmu , mesti dia ajarkan ieda . Ieda sayang dia sebagai kawan dan kakak juga boleh mungkin . Sebab dia kan tua sikit daripada ieda . Now dia still seorang pelajar yang berada di form6 . Amboi , belajar yang rajin ya Ki . Kalau ada rezeki kita jumpa tau :'> Ki jauh di sabah sanaa . Rinduuunya :'>
Credit to ki sebab dah menghiasikan blogger Ieda ini :'>

Apa-apa pun . Ieda rindu jugaa dekat mereka ini Ira Hudson , Fatheen Zhu Jhie dan juga Siti Aisyah :'>
Mereka yang rapat dengan ieda , mereka juga kadang-kadang menjadi peneman ieda . :'>

Rindukan anda semua tersangat niw . Salam ramadhan ya .

Kalau anda rindu kan Ieda , Pejamkan mata dan Ieda akan muncul didalam bayangan . Cicici :'>

Salam sayang dari Ieda Photogenic .